Order Form

STATUS New Customer
Repeat Customer
CUSTOMER NAME:
CONTACT NUMBER :
EMAIL ADDRESS:
DELIVERY ADDRESS:
ITEM NAME/PRICE/QTY:
WHICH BANK U PREFER? ~ MAYBANK (1580-5147-8990)
~ BANK ISLAM (1208-3020-121820)
~ COD (ONLY TAIPING & KAMUNTING AREA)
POSTING OPTION? ~ POSLAJU
~ POS EXPRESS
~ POS REGISTERED
~ SELF COLLECT

Form provided by Freedback.

Monday, October 12, 2009


Di antara permasaalahan kulit yang biasa di hadapi adalah:-

  • Kulit muka menjadi merah seperti udang bakar.
  • Kulit muka menjadi gatal.
  • Kulit muka menjadi nipis, pedih dan sakit (irritasi) akibat pengelupasan yang berpanjangan.
  • Kulit muka kembali menjadi gelap dan kusam apabila berhenti menggunakan produk.
  • Keluarnya ruam-ruam kecil seperti jerawat dan jeragat.
  • Kulit muka tidak sekata.
  • Terjadi nya pingmentasi akibat peningkatan umur.
  • Kulit muka berminyak dan berkilat sekaligus kulit muka menjadi terbakar.

Jerawat boleh terbentuk melalui empat mekanisme utama iaitu:
* kelenjar minyak menjadi besar (hipertropi) dengan peningkatan penghasilan sebum akibat rangsangan hormon androgen.
* folikel pilosebaceous yang tersumbat memerangkap nutrien dan sebum serta menggalakkan pertumbuhan kuman yang cepat seperti bakteria Propionibacterium acnes.
* kulit menjadi tebal (hiperkeratosis) dan pertumbuhan sel-sel yang cepat mengisi ruang folikel pilosebaceous (plugepitelium folikular).
* inflamasi (radang) akibat hasil sampingan kuman Propionibacterium acnes.

masalah jerawat juga berpunca daripada kombinasi beberapa faktor seperti keturunan, hormon, jangkitan, psikologi dan bahan kimia. Hormon testesteron boleh menyebabkan aktiviti kelenjar sebum terlalu aktif sementara kajian menunjukkan 45 hingga 82 peratus individu yang menghadapi masalah jerawat mempunyai ahli keluarga dengan masalah serupa. Selain bakteria Propionibacterium acnes yang membiak pada permukaan kulit, bahan kimia kosmetik seperti iodide, bromit, litium dan setengah ubat juga boleh menyebabkan jerawat, Selain itu, faktor psikologi juga memainkan peranan di mana stres kehidupan boleh merangsang pembentukan jerawat dengan lebih mudah. Faktor-faktor tersebut boleh menyebabkan beberapa jenis jerawat, mengikut berpunca daripada faktor dalaman atau faktor luaran.

Rawatan
rawatan untuk mengatasi jerawat bergantung kepada jenis dan tahap keseriusannya.
a) Jerawat yang ringan boleh dirawat dengan menggunakan krim seperti benzyl peroxide, azelic acid, isotretinoin dan adapalene, atau krim antibiotik seperti erythomycin dan clindamycine.
b) Jerawat yang sederhana dan serius pula akan memerlukan bahan selain krim, termasuk rawatan sistemik menggunakan ubat oral seperti antibiotik tetracyeline, doxycyeline atau minocyelina.
c) masalah mungkin timbul dengan penggunaan antibiotik yang terlalu lama kerana boleh menyebabkan kuman punca jerawat, Propionibacterium acnes, membentuk ketahanan (resistant) terhadap antibiotik tersebut.

Pil hormon juga boleh digunakan sebagai rawatan untuk kaum wanita dengan masalah jerawat.

LAKUKAN FACIAL @ SCRUB MUKA SECARA LEMBUT 2X SEBULAN BAGI MEMBERSIHKAN KULIT SECARA MENDALAM.
GUNAKAN MASK UNTUK MENCAIRKAN SEBUM BAGI MENGURANGKAN JERAWAT

No comments:

Post a Comment